Personaliti televisyen, Hazeman Huzir telah meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir wanita Malaysia yang disifatkan tiada sensitiviti dengan meninggalkan komen tidak masuk akal sewaktu dirinya melakukan sesi live di TikTok baru-baru ini.

Menerusi rakaman video ‘live’ tersebut, Hazeman yang sedang menemubual individu dari Palestin beremosi apabila membaca komen segelintir wanita memuji rupa paras individu dikenali sebagai Yusof itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, individu itu menceritakan rumahnya baru sahaja dibom tetapi komen yang ditinggalkan membuatkan Haze berasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir orang yang tidak sensitif di saat seseorang sedang melalui detik menyedihkan dalam hidup mereka.

“Kejap ya, yang komen bukan-bukan dekat bawah ni korang kenapa?

“Bodoh mana yang tinggalkan komen, ‘Eh handsomenya Yusof ni’, ‘Eh Yusof ni handsomelah’. Apa benda korang ni?

“Aku berborak benda yang serius tau tapi korang tinggalkan komen macam tu. Eh bodoh dia punya rumah baru kena bom tau, tak sensitif langsung korang ni.” ujarnya.

Difahamkan, Hazeman melakukan sesi live itu bagi membincangkan keadaan terkini yang berlaku di Palestin memandangkan Yusof merupakan anak kelahiran Gaza yang kini menetap di Malaysia bagi menyambung pelajarannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Hazeman menegur perbuatan mereka yang meninggalkan komen tidak sensitif itu.