KLCC merupakan salah satu tempat tumpuan yang sering dikunjungi oleh warga tempatan dan juga pelancong pada saban tahun.

Namun keindahan di kawasan sekitar KLCC kini mula dicemari dengan warga asing yang membuka perniagaan secara terbuka di laluan penjalan kaki dengan sewenang-wenangnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Tular sebuah video di platform X yang mana memperlihatkan bagaimana warga asing menjual jagung bakar secara haram di laluan penjalan kaki dengan asapnya dibiarkan secara terbuka.

Lebih teruk lagi, sampah sarap yang berpunca daripada perniagaan berkenaan turut dibiarkan begitu sahaja selepas itu sekaligus mencemarkan kebersihan di sekitar kawasan itu serta tidak sedap untuk dilihat oleh warga tempatan malahan kepada pelancong juga.

Susulan itu, majoriti netizen meminta pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan penjual warga asing yang dikesan bermaharajalela di sekitar KLCC.

Hal ini bagi menjaga nama baik di mata dunia kerana KLCC sudah menjadi tempat tumpuan pelancong sehingga ke hari ini. Bahkan, ada yang memaklumkan perniagaan sedia beroperasi pada setiap hari tanpa menghiraukan keadaan sibuk di tengah ibu kota itu.

Sumber Gambar: X @isusemasaviral
Sumber Gambar: X @isusemasaviral

Selain di KLCC, sebahagian pengguna media sosial menyarankan kepada pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan tersebut di kawasan hotspot lain di sekitar Kuala Lumpur kerana dianggap mencemari pemandangan serta bimbang akan tahap keselamatan mereka.