Berakhirnya aksi awal pagi tadi menyaksikan kuota lapan pasukan yang mara ke suku akhir UEFA Champions League (UCL 2025/26) sudah diketahui.

Pasukan pilihan juara, Arsenal tidak berdepan masalah besar untuk menang 2-0 ke atas Bayer Leverkusen di laman sendiri sekali gus mara dengan agregat 3-1.

Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) tampil cukup garang di Stamford Bridge untuk menambah luka buat Chelsea dengan kemenangan 3-0 bagi menjadikan agregat 8-2.

Barcelona juga tidak kurang hebatnya. Selepas terikat 1-1 pada aksi pertama, skuad kendalian Hansi Flick itu membelasah Newcastle United 7-2 di Nou Camp untuk melangkah gagah ke suku akhir UCL 2025/26.

UCL 2025/26: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir
Kredit Foto: Josep LAGO / AFP)

Skrip sama dilalui Liverpool yang sebelum ini tewas 0-1 pada aksi pertama menentang Galatasaray.  The Reds kemudiannya mengganas di Anfield untuk menang 4-0.

Sementara itu, Real Madrid yang turun dengan pelbagai masalah kecederaan pemain utama tidak menghiraukan status Manchester City untuk mara dengan agregat 5-1.

Bayern Munich pula terlalu unggul selepas melangkah dengan kemenangan agregat 10-2 ke atas Atalanta manakala Atletico Madrid menang ke atas Tottenham Hotspur dengan keputusan 7-5.

Kebangkita terhebat pastinya milik Sporting Lisbon. Mereka bangkit daripada kekalahan 0-3 ketika bertemu Bodo-Glimt untuk menang 5-3 menerusi agregat.

UCL 2025/26: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir
Kredit Foto: FILIPE AMORIM / AFP

Berikut merupakan jadual aksi suku akhir UCL 2025/26:

Suku Akhir UCL 2025/26

1) Real Madrid lawan Bayern Munich  – 8 April & 16 April

2) Sporting lawan Arsenal – 8 April & 16 April

3) Barcelona lawan Atletico Madrid – 9 April & 15 April

4) PSG lawan Liverpool – 9 April & 15 April