Berakhirnya dua perlawanan UEFA Champions League (UCL) 2026/27 menyaksikan sembilan pasukan masih mengekalkan rekod kemenangan mereka.
Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) mengetuai senarai tersebut dengan kemenangan 4-2 dicatatkan ke atas Manchester City pada aksi yang berlangsung di Etihad Stadium.
Barcelona yang mengekori di tempat kedua pula menang 4-1 ke atas Galatasaray manakala Aston Villa membelasah sebuah lagi kelab Turkiye, Fenerbahce di laman sendiri.
Kejutan terbesar pada aksi kedua UCL 2026/27 pastinya melibatkan dua pasukan Jerman iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang gagal meraih kemenangan. Ironinya, pasukan yang mengejutkan mereka ialah Viking dan Bodo/Glimt dari Norway.
Bayern Munich sekadar terikat 3-3 bertemu Viking manakala Borussia Dortmund pula tewas 0-1. Inter Milan juga turut mengalami nasib sama selepas tewas kepada Club Brugge 3-4.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan UCL 2026/27 bagi selepas mengharungi dua perlawanan:
UCL 2026/27
1) PSG – 6 mata
2) Barcelona – 6 mata
3) Aston Villa – 6 mata
4) VFB Stuggart – 6 mata
5) Liverpool – 6 mata
6) Sporting CP – 6 mata
7) Arsenal – 6 mata
8) Real Madrid – 6 mata
9) Real Betis – 6 mata
10) Bayern Munich – 4 mata
11) Shakhtar Donetsk – 4 mata
12) Como – 3 mata
13) Manchester United – 3 mata
14) Villarreal – 3 mata
15) Atletico Madrid – 3 mata
16) Club Brugge – 3 mata
17) Manchester City – 3 mata
18) Borussia Dortmund – 3 mata
19) Lens – 3 mata
20) AEK – 3 mata
21) RB Leipzig – 3 mata
22) Sabah – 3 mata
23) Feyenoord – 3 mata
24) Bodo/Glimt – 3 mata
25) AS Roma – 1 mata
26) PSV – 1 mata
27) Viking – 1 mata
28) Fenerbahce – 1 mata
29) Inter Milan – 0 mata
30) Porto – 0 mata
31) Slavia Praha – 0 mata
32) SS Napoli – 0 mata
33) LASK – 0 mata
34) Lille – 0 mata
35) Galatasaray – 0 mata
36) Slovan Bratislava – 0 mata