Kecoh baru-baru ini apabila Tuah Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Tyzo dilaporkan tidak disambung kontrak bersama Suria FM sekaligus terpaksa berundur diri serta-merta.

Hal ini nyata mengejutkan beliau yang baru sahaja memenangi Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 dan juga para pendengar yang rata-ratanya menyukai beliau.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau yang mempunyai rupa paras yang tampan serta pernah memaklumkan umurnya 57 tahun sekaligus telah menarik perhatian ramai untuk mengetahui rahsia beliau kekal awet muda.

Terbaharu, Tyzo tampil mendedahkan umur sebenar beliau bukanlah 57 tahun sebaliknya sekadar rekaan dalam menyesuaikan diri bersama segmen yang dibawa di radio.

Menerusi temu bual terbaharu Tyzo bersama Khairy Jamaluddin di Hot FM, Tyzo tampil menjelaskan umur sebenar beliau.

“KJ, anda lahir pada tahun 1976, betul? Samalah kita,” jelas Tyzo yang sekaligus mengesahkan umurnya mencecah 48 tahun pada tahun ini.

Khairy turut meminta tip daripada Tyzo untuk kelihatan awet muda dan jauh lebih muda berbanding usia.

“Saya kena berguru dengan andalah. Macam mana nak muda, macam mana nak menang ABP.

Serious, you’re looking good bro,” celah Khairy.

Sementara itu, ketika berada dalam talian, Tyzo turut berseloroh sama ada pihak Hot FM ingin mengambilnya bekerja.

“KJ tak nak ajak saya bekerja dengan KJ ke?,” soal Tyzo.

“Tak nak tak nak sebab awak sebaya dengan saya.” jawab KJ secara berseloroh.

Mengulas mengenai masa depan Tyzo, pihak Hot FM baru-baru ini telah membuat pertanyaan kepada netizen sama ada wajarkah stesen radio nombor satu negara itu mengambil DJ yang menjadi rebutan ini.

Sementara itu, keputusan mengenai kontrak Tyzo tidak disambung di Suria FM bakal didedahkan secara penuh pada Jumaat ini menurut DJ Lin.