Pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk menganggap satu mata diraih ketika bertemu Manchester United malam tadi umpama satu kekalahan baginya.

Luis Diaz membuka tirai jaringan pada babak pertama dan kemudiannya kesilapan Jarell Quansah membolehkan Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kobbie Maino membuktikan kemampuannya dengan meletakkan tuan rumah dihadapan tetapi sepakan penalti Mohamed Salah memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Diimbas kembali aksi Liverpool di Old Trafford itu, van Dijk melihat pasukannya mampu untuk meraih kemenangan dengan deretan percubaan dijelmakan tetapi kesilapan mudah menghancurkan segalanya.

“Rasanya seperti mengalami kekalahan, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan salah kami sendiri,” ujar van Dijk menurut sumberĀ  laporan Goal.

“Kami mendapat banyak peluang dan sepatutnya boleh mengakhiri perlawanan ini dengan kemenangan.”

“Sayangnya kesilapan individu yang berlaku hingga terhasilnya gol penyamaan (Bruno Fernandes) dan kami mempunyai banyak masa untuk membetulkan keadaan tetapi kami tergesa-gesa. Bahkan selepas ketinggalan 2-1, kami juga mencipta banyak peluang.”

“Setidak-tidaknya kami harus mendahului 2-0, tetapi sayang dalam bnola sepak, jika perkara-perkara seperti itu tidak jadi makanya anda memberikan lawan satu perasaan bahawa mereka boleh bangkit dan itulah yang terjadi,” tambah van Dijk lagi.

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk menjarakkan jurang mata dengan dua lagi pencabar kejuaraan iaitu Arsenal dan Manchester City.

Sehubungan dengan itu, The Reds kini menghuni tangga kedua walaupun berkongsi 71 mata bersama pendahulu liga, Arsenal tetapi skuad kendalian Mikel Arteta memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Manchester City pula mengekori rapat dengan 70 mata untuk berada di kedudukan ketiga untuk merancakkan lagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.