Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana keadaan kucar-kacir berlaku di Bukit Bintang yang telah mengundang tanda tanya orang ramai.
Dalam masa 48 jam, persoalan telah terjawab apabila GSC berkongsi di media sosial mereka poster filem baharu yang akan menggegarkan pawagam nanti — War On Terror KL Anarki.
Baca Juga:
- Kemalangan Teruk Didakwa Berlaku Di Bukit Bintang Undang Tanda Tanya Ramai
- Daripada Hobi Hingga Harumkan Nama Malaysia, Jofliam Menang Tempat Ke-4 Pertandingan Memasak Piza Di Itali
- Rakyat Malaysia ‘Intern’ Di Hong Kong Dibayar RM7,000, Nasihat Orang Ramai Belajar Bahasa Mandarin
Filem ini mengisahkan Khalid, seorang polis yang rebel dari pasukan khas elit mesti membuktikan dia mampu bekerja sebagai satu pasukan untuk menggagalkan ancaman pengganas yang mahu menjatuhkan Kuala Lumpur.
Setakat artikel ini ditulis, tidak banyak info rasmi yang dikongsikan.
Namun antara pelakon berbakat yang menjayakan filem ini adalah Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Ikhwan Lee (Noki K-Clique), Adlin Aman Ramlie, Qi Razali (OAG), Kahoe Hon, Farali Khan dan Wan Hanafi Su.
Sementara kita tunggu bilakah tarikh rasmi filem itu, tonton trailer rasmi yang dikongsikan oleh GSC di bawah.
Nampaknya kita kena sediakan ‘bajet khas’ untuk tonton pelbagai karya filem aksi menarik buatan Malaysia yang akan ditayang pada sepanjang tahun ini.