Vietnam terus menjadi raja untuk kategori B-23 di Asia Tenggara, apabila menjuarai Piala AFF B-23 buat kali ketiga berturut turut.

Berdepan dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Vietnam berjaya mengatasi pasukan tuan rumah dengan 1-0.

Puluhan ribu peminat tegar bola sepak Indonesia hadir memberikan semangat kepada Garuda Muda.

Di atas padang, Vietnam berjaya mengatasi tekanan daripada atmosfera yang ternyata sukar untuk mana mana pasukan, dengan sorakan padu peminat Indonesia.

Nguyen Cong Phuong wira Vietnam

Gol kejuaraan Vietnam adalah menerusi Nguyen Cong Phuong pada minit ke-37 perlawanan. Di mana pemain itu menyambar deras bola di dalam kotak penalti.

Gol itu bermula daripada sepakan penjuru yang bola pertama dimenangi Vietnam. Indonesia gagal memberikan cabaran untuk mengeluarkan bola.

Cong Phuong tidak mempersia siakan peluang yang hadir kepadanya.

Indonesia berhempas pulas untuk mencari gol penyamaan. Namun kekebalan benteng Vietnam membuatkan Garuda Muda buntu.

Kedua dua pasukan bersaing sengit sepanjang perlawanan membuktikan bahawa kedua duanya memang pasukan terbaik di Asia Tenggara untuk bawah 23 tahun pada masa ini.

Indonesia memberikan segalanya di hadapan penyokong mereka sendiri. Namun apakan daya, nasib tidak memihak kepada mereka.

Vietnam masih raja B-23

Vietnam memastikan kejuaraan ketiga berturut turut untuk Piala AFF B-23 menjadi milik mereka. Indonesia gagal menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2019.