Kerajaan Vietnam memperkenalkan dasar baharu yang dianggap menarik kepada rakyatnya dimana mereka menwarkan habuan wang kepada sesiapa saja yang melaporkan kesalahan jalan raya beserta bukti.
Bermula 1 Januari, kerajaan tempatan menawarkan habuan sehingga $200 atau sekitar RM895 kepada sesiapa yang melaporkan pelanggaran lalu lintas dengan bukti berupa video ataupun gambar.
Baca Juga:
- Pemandu Teksi Dibayar RM5000 Selepas Hantar Penumpang Sampai Lapangan Terbang Tepat Waktu
- Ini Jumlah Simpanan KWSP Yang Perlu Ada Apabila Cecah Usia 35 Tahun
- Artis Thailand Ini Maut Selepas Jalani Urut Leher
Menurut kerajaan Vietnam, inisiatif itu bertujuan untuk menjadikan jalan raya lebih selamat kepada semua pihak terutama pelancong dan mengurangkan pelanggaran lalu lintas yang sering terjadi di negara itu.
Kerajaan turut mengumumkan denda yang dikenakan terhadap pesalah akan dikumpulkan ditambah 30 peratus daripada wang yang diperoleh melalui pelelong plat, akan digunakan untuk meningkatkan lagi keselamatan jalan raya.
Jumlah denda yang dikumpul akan membantu membiayai pembelian kenderaan dan peralatan, pembangunan sistem maklumat, penyelenggaraan pangkalan data trafik, menyokong pengurusan kesesakan penyiasatan dan membayar pegawai trafik pada waktu malam.
Mulai bulan ini, pemandu yang didapati bersalah akan dimaklumkan melalui aplikasi telefon pintar VNeTraffic – aplikasi yang sama digunakan untuk memberitahu polis tentang kesalahan.
Pihak kerajaan turut meningkatkan jumlah denda kepada pesalah yang melanggar lampu merah kepada 20 juta VND (780 USD) bermula pada 1 Januari, meningkat daripada 6 juta VND sebelumnya (230 USD).
Selain itu, denda untuk pelanggaran yang melibatkan tahap alkohol 0.25mg-0.4mg setiap liter nafas atau 50mg-80mg setiap 100ml darah akan meningkat daripada 18 juta VND (700 USD) kepada 20 juta VND (780 USD).
Pelanggaran berkaitan membuat pusingan U di lebuh raya, memandu ke arah yang salah atau mengundur di lebuh raya, dan menunggang motosikal di lebuh raya juga akan menyaksikan denda meningkat dua hingga tiga kali ganda berbanding penalti sedia ada.
Membuka pintu kereta atau membiarkannya terbuka dengan cara yang tidak selamat, kini akan mengakibatkan denda sebanyak 22 juta VND (860 USD), peningkatan dramatik daripada 600,000 VND (23 USD) sebelumnya.