Tular di media sosial sejak semalam apabila influencer terkenal, Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dengan isteri kedua di saat isterinya pertamanya sedang mengandung anak ketiga.
Perkongsian yang menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen ini sekali lagi dikejutkan apabila adik Aisyah Hijanah mendedahkan Alif Teega merupakan kaki pukul di mana mereka sekeluarga telah menjadi saksi.
Baca Juga:
- Dilabel ‘Baba Jahat’ Oleh Anak Kandung, Adik Aisyah Dakwa Alif Teega Pernah Pukul Isteri
- Pernah Didakwa Terkena ‘Ain Hasad Dengki’, Influencer Ini Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin Dua
Terbaharu, tular pula perkongsian mengenai perkahwinan kedua Alif Teega yang dikatakan berlangsung di Siam. Pendedahan yang dibuat telah membuatkan orang ramai berteka-teki sama ada beliau mendapat restu keluarga atau sebaliknya.
De hek alif teega kawin kt siam pic.twitter.com/f3Yo3dKFyg
— Nour (@pkissNaera) November 26, 2023
Selain itu, adik Aisyah Hijanah sempat memuat naik video yang memperlihatkan wajah isteri kedua Alif Teega dengan mendakwa individu ini telah mengundang banyak masalah dalam masyarakat sehingga berlakunya fitnah.
Salam Fatin Umaidah Binti Ramli pic.twitter.com/8tsZ9OKeIE
— sarah stand with 🇵🇸 (@saraishax) November 26, 2023
Pendedahan yang dibuat adik Aisyah ini walau bagaimanapun telah diturunkan selepas dikatakan menerima arahan daripada pihak tertentu.