Menyertai Piala Dunia adalah impian tertinggi bagi mana-mana pasukan kebangsaan. Hanya dengan layak ke kejohanan itu sudah cukup untuk mencetuskan sambutan bersejarah serta diraikan seluruh negara tersebut.

Selain prestij sukan, kejohanan ini juga menawarkan manfaat ekonomi yang sangat besar. Bagi edisi kali ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan mengagihkan kira-kira $870 juta (RM3.5 bilion) wang hadiah, menjadikannya Piala Dunia paling lumayan dalam sejarah.

Lebih menarik, hanya dengan layak untuk beraksi ke kejohanan itu, setiap pasukan kebangsaan akan menerima $2.5 juta (RM10.1 juta).

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Lars Baron / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP

Bagi kebanyakan persatuan bola sepak yang lebih kecil, jumlah ini amat penting kerana ia membantu membiayai pembangunan infrastruktur, latihan pemain dan pertumbuhan sukan secara keseluruhan.

Selain itu, tambahan $9 juta (RM36.4 juta) akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan ke-33 hingga ke-48.

Selain itu, FIFA juga akan memperuntukkan $1.5 juta (RM6.06 juta) dolar bagi setiap pasukan untuk persiapan menghadapi saingan ini.

Ini bermakna setiap negara dijamin menerima sekurang-kurangnya $13 juta (RM52.5 juta) sebagai bonus dalam menyertai kejohanan tersebut.

Kane
Kredit Foto: Aric Becker / AFP

Wang Diterima Pasukan Dalam Piala Dunia 2026

Layak Ke Pusingan 32 

Melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke pusingan 32 terbaik sudah dianggap satu pencapaian besar bagi kebanyakan pasukan kebangsaan. Dalam sesetengah keadaan, ia malah dilihat sebagai detik bersejarah.

Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat ini akan menerima $11 juta (kira-kira RM44.4 juta).

Layak Ke Pusingan 16 

Dari peringkat 16 pasukan terakhir ke atas, tekanan persaingan semakin meningkat. Di tahap ini, pencabar utama kejuaraan mula terserlah, manakala bagi pasukan lain, ia boleh menjadi detik kekecewaan apabila tersingkir. Ganjaran bagi layak ke peringkat ini ialah sebanyak $15 juta (RM60.6 juta).

Layak Ke Suku Akhir

Insentif kewangan terus meningkat apabila kejohanan semakin berlangsung. Melangkah ke peringkat suku akhir akan memberikan setiap pasukan $19 juta (kira-kira RM76.8 juta).

Bagi kebanyakan projek bola sepak kebangsaan, dana ini amat penting untuk mengekalkan program kompetitif serta memperkukuh sistem pembangunan pemain.

Messi
Kredit Foto: JUAN MABROMATA / AFP

Pasukan Tempat Ke-3/4

Dari peringkat separuh akhir ke atas, ganjaran kewangan meningkat dengan ketara. Pasukan di tempat keempat akan menerima $27 juta (RM109.1 juta), manakala pasukan di tempat ketiga memperoleh $29 juta (RM117.2 juta).

Pasukan Naib Juara

Menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Dunia bermakna telah melalui kejohanan yang luar biasa, namun kekalahan di final sering meninggalkan rasa kecewa.

Walau begitu, ganjaran kewangan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kekecewaan tersebut. Pasukan di tempat kedua akan menerima $33 juta (RM133.3 juta).

Pasukan Juara

Menjulang trofi Piala Dunia merupakan impian setiap negara, dan hanya lapan negara pernah mencapainya dalam sejarah. Untuk edisi kali ini, juara bukan sahaja akan mengangkat trofi paling berprestij dalam bola sepak tetapi juga akan menerima ganjaran sebanyak $50 juta (RM202 juta).

Pasukan Terkaya Dalam Piala Dunia

Ini bermakna pasukan yang muncul juara Piala Dunia akan menerima kira-kira $54 juta (RM218.2 juta) secara keseluruhan termasuk ganjaran kelayakan, elaun persiapan dan hadiah kemenangan pada edisi kali ini.

‘Elaun Kelab’

Dalam pada itu, bagi kelab yang melepaskan pemain mereka untuk beraksi di Piala Dunia, FIFA akan membayar kira-kira $11,000 (RM44,440) sehari.