Seorang wanita membuat tawaran di media sosial dengan membuka peluang kepada mana-mana wanita untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh seorang pemengaruh media sosial @meinmokhtar di laman X, beliau berkongsi satu perkongsian oleh salah seorang pengikutnya.

Baca Juga:

Dalam satu tangkap layar yang dikongsi olehnya, seorang wanita berkongsi masalahnya yang mempunyai seorang suami yang menghadapi keperluan batin yang tinggi.

Disebabkan wanita terbabit tidak mampu melayan, dia akhirnya membuka peluang kepada mana-mana wanita yang mahu menjadi isteri ke-2 dengan disediakan elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

“Mein aku 28f, husban pun 28 keje engineer gaji 18k. Anak sorang. Aku nak cari wife lagi satu untuk husband sbb aku tak larat nk layan,” katanya di laman media sosial NGL yang dikongsikan oleh @meinmokhtar.

Di dalam hantaran terbabit juga, wanita itu berkata bahawa dia tidak ada masalah jika nanti suaminya banyak meluangkan masa dengan wanita tersebut. Tetapi dia turut memberi amaran agar wanita yang bakal menjadi isteri ke-2 tidak menjadi pisau cukur.

“Kalau ada yang betul-betul serious nak jadi 2nd wife, inform ye. Aku akan make sure laki aku bagi ko monthly at least 3k elaun × masuk tanggung hidup ko skali. Aku pon keie gaji 6k so aku × kisah sgt,” katanya.

Sejak hantaran ini dibuat, difahamkan terdapat beberapa orang yang sudah bertanya mengenai tawaran terbabit.