Wanita di Kelantan yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan kini mula beralih kepada warga asing untuk diambil sebagai pasangan bagi mengelak stigma tidak berkahwin. Kebanyakan mereka akan menyediakan segalanya kepada pasangan warga asing tersebut termasuk elaun bulanan, penginapan, kereta atau peluang perniagaan.

Menurut New Straits Times, ganjaran ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perjanjian perkahwinan atau kahwin kontrak di antara wanita tempatan dan lelaki warga asing. Kahwin kontrak pula bermaksud kedua pasangan berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu atau tidak lebih dari lima tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi data imigrisen pada 2022, 17,137 permohonan dibuat oleh penduduk Kelantan untuk pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan asing mereka. Daripada jumlah itu, purata 12,000 pemohon adalah wanita yang memohon pas untuk suami warga asing.

Difahamkan bahawa kahwin kontrak ini bukanlah amalan baharu di Kelantan dan kebanyakan mereka mensasarkan lelaki asing yang datang dari Thailand, Bangladesh dan Myanmar kerana kesunyian serta mahu mengelakkan stigma belum berkahwin.

Menerusi sumber NST, ketika ditanya mengapa tidak mencari lelaki tempatan, mereka menjawab kebanyakan lelaki tempatan lebih suka berkahwin dengan wanita yang lebih muda berbanding lelaki warga asing yang tidak kisah selagi pasangan mereka stabil dari segi kewangan dan mempunyai peluang untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

Sumber