Pada minggu lalu tular klip rakaman video menunjukkan sorang wanita mengamuk dan menimbulkan kekacauan di stesen minyak.
Elyna Muhamad, 42, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini,atas tiga pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, berkelakuan aib di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.
Baca Juga:
- ‘Lain Kali Tanya Dulu Bertuan Ke Tak’ – Wanita Dikecam Culik ‘Oyen’ Di Stesen Minyak
- Masak Roti John & Kambing Gril Di Stesen Minyak, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan
- Tak Tahan Lapar Punca ‘Geng Honda’ Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
Memetik Berita Harian, Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM5,500 selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada lima anak itu melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap penyelia stesen minyak, Shakir Zuhayri Zairul Rizal, 24, di sebuah stesen minyak di Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam pada jam 7.50 malam, 17 Oktober lalu.
🗣️Bukan kali pertama wanita ini ‘buat hal’ – Rupanya
TINDAKAN seorang wanita yang didakwa mengamuk di sebuah stesen minyak dekat Bandar Hill Park, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor mendatangkan kebimbangan dalam kalangan warga setempat. pic.twitter.com/eyNEUZmLas
— 𝕏-₮ⱤłǤǤɆⱤ🔞₩₳Ɽ₦ł₦Ǥ (@Negori09) October 18, 2024
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, Elyna didakwa berkelakuan aib di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu ketenteraman, juga di lokasi dan waktu yang sama.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM100.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam Balai Polis Saujana Utama pada jam 1.45 pagi, 19 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.
Memetik laporan itu lagi, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh supaya tidak mengulangi kesilapan.
Bagaimanapun, peguam bela Elyna, Shah Wira Abdul Halim, merayu hukuman denda diringankan atas alasan wanita itu tidak bekerja.