Seorang wartawan melaporkan mendedahkan salinan sijil kelahiran dan sijil kahwin nenek Imanol Machuca yang didakwa kedua dua dokumen itu menyatakan dia lahir di Santa fe dan bukannya Malaysia.

Imanon Machuca antara 7 pemain yang dikenakan tindakan oleh FIFA kerana kesalahan pemalsuan dokumen.

Rayuan sudah dibuat oleh FAM dan keputusan FIFA kekal untuk menggantung dan mendenda kesemua pemain terlibat. Kini FAM dilaporkan sedia membawa kes ini ke CAS.

Di tengah tengah proses yang sedang berjalan itu, Capital de Noticias mendakwa mereka ada salinan dokumen asal sijil kelahiran datuk dan nenek Machuca.

Laman yang sama sebelum ini mendedahkan bahawa nenek kepada Facunod Garces lahir di Santa Fe bukannya di Pulau Pinang.

‘Bukan Lahir Pulau Pinang Tapi Santa Fe,’ – Portal Argentina Ini Dakwa Mereka Ada Maklumat Eksklusif Tentang Kelahiran Datuk Facundo Garces

Wartawan Martin Etcheverry menulis: “Ini adalah salinan yang digunakan FIFA untuk menghukum Imanol Machuca.

“Kedua dua surat beranak dan sijil perkahwinan, kedua duanya disahkan bahawa nenek lahir di Roland, Santa Fe bukannya di Malaysia.

“Pemain Velez ini kekal dihukum penggantungan setahun.”

Buat masa ini tidak pasti sama ada dokumen tersebut benar benar dokumen salinan yang berada di tangan FIFA dalam pertimbangan mereka berkaitan dengan pemalsuan dokumen melibatkan Machuca.

Pada ketika ini kesemua 7 pemain warisan tersebut tidak pernah memberikan sebarang komen secara terbuka tentang dakwaan berkaitan dengan dokumen kelahiran mereka.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang sah dan masih berharap pengadilan memihak kepada mereka.

Machuca sebelum ini sempat tampil hanya 17 minit bersama dengan Harimau Malaya. Dan kini dia masih lagi dilarang untuk beraksi atau terlibat dalam mana mana aktiviti bola sepak.

Tunggu proses CAS

FAM sebelum ini menyatakan bahawa mereka sedia mengheret perkara ini ke CAS untuk mencabar FIFA yang sebelum ini menolak rayuan yang dibuat oleh badan induk bola sepak Malaysia itu.

FAM Terkejut Keputusan FIFA, Nekad Bawa Kes Ke CAS Demi Kepentingan Bola Sepak Malaysia Dan Hak Pemain