Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez tanpa berselindung memberikan gambaran jelas mengenai masa depannya bersama kelab tersebut.

Hal ini kerana spekulasi mengatakan bahawa pengendali yang juga merupakan legenda Barcelona itu dikatakan sudah tidak lagi mendapat sokongan para pemain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal sebelum ini, para pemain Barcelona dikatakan tidak gembira dengan keputusan Xavi dan mula mempersoalkan kaedah serta keputusan yang diambil beliau.

Malah, Barcelona pada ketika ini juga tidak berada di kedudukan yang baik dalam saingan La Liga apabila sekadar menduduki tangga keempat dengan 41 mata.

Ketinggalan lapan mata dibelakang pendahulu liga, Girona tetapi La Blaugrana masih kekurangan satu perlawanan. Barcelona juga pada musim ini sudah mengalami dua kekalahan bertemu seteru ketat, Real Madrid.

Tewas 1-2 dalam kempen liga di laman sendiri manakala tumbang 1-4 pada aksi final Supercopa Espana di Arab Saudi tempoh hari.

Meskipun begitu, Xavi ada sebab untuk lega kerana Presiden Barcelona, Joan Laporta dan Pengarah Sukan, Deco masih meletakkan kepercayaan kepadanya.

“Saya sayangkan kelab ini, Saya di sini untuk membawa sesuatu kepada kelab ini. Jika saya tidak melakukannya, saya akan pulang. Jika saya tidak memenangi La Liga tahun lepas, saya tidak akan berada di sini.”

“Pada hari pemain sudah tidak lagi mengikuti saya, saya akan mengemas beg saya dan pergi daripada kelab ini. Apabila seseorang memberitahu saya ada masalah, saya akan pergi.”

“Apabila pemilik kelab menandatangani saya dari Qatar, mereka berkata ia adalah salah satu momen terburuk dalam sejarah kelab dan kami sedang dalam proses mengubah perkara tersebut.”

“Saya tetap tenang. Saya mempunyai tiga pertandingan untuk dimenangi. Kami lebih hampir dengan kejayaan berbanding kegagalan,” tambah Xavi lagi menurut sumber Goal.

 

Sumber