Pemberian dana tambahan RM5 juta diberikan kerajaan kepada skuad bola sepak negara sebaik sahaja tamat perjalanan di Piala Asia 2023 nyata mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Ada yang merasakan pemberian dana tersebut adalah wajar tetapi tidak kurang juga merasakan sukan lain seperti hoki turut layak mendapat ‘layanan’ sedemikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hujah itu dikuatkan lagi dengan kemaraan skuad lima sebelah (5s) negara muncul naib juara dalam kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 yang berlangsung di Muscat, Oman.

Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat (YB) Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan mendedahkan peruntukan yang telah diberikan kepada skuad hoki kebangsaan.

“Bagi tahun 2023, lima pasukan (senior lelaki, senior wanita, pelapis, hoki dalam dewan lelaki dan wanita) menerima jumlah besar RM5.63 juta (setahun).”

“Piala Dunia Hoki 5s ini acara baru, kali pertama 2024 untuk pasukan lelaki dan wanita. Kami sedang usahakan bantuan.”

“Jumlah besar 7 pasukan sekarang yang akan dibantu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia,” ujar beliau menurut kenyataan di laman Facebook rasmi milikinya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi oleh Hannah, sebanyak RM2,084,618.00 telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada skuad lelaki senior atas Program Podium manakala pasukan wanita pula mendapat RM1,129,990.00.

RM1,315,783.00 telah diberikan kepada pasukan pelapis kebangsaan manakala baki RM1,105,749.00 pula kepada pasukan hoki dalam dewan.