Sudah menjadi satu kewajiban buat kita untuk membayar cukai kepada kerajaan. Dengan cukai yang diterima, kerajaan boleh menggunakan dana itu untuk membangunkan negara di samping memberikan faedah buat rakyatnya.
Berkongsi laporan semasa, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan telah menerima pemfailan cukai dengan nilai RM1.21 bilion setakat 14 Jun yang lepas, sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Angka tersebut dilihat masih rendah jikalau dibandingkan dengan cukai taksiran tahun 2021, yang bernilai RM5.56 bilion.
Sehubungan itu, LHDN mengingatkan mereka yang layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ini terutamanya kelompok mereka yang menjalankan perniagaan runcit, jualan langsung, gerai, bidang penulisan, penyanyi, YouTuber dan juga influencer.
Sebelum ini, LHDN sedia menekankan yang mana pendapatan influencer media sosial boleh dinilai mengikut jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang dimuat naik secara online.
LHDN mengatakan kesedaran membayar cukai dalam kalangan tersebut masih rendah, jikalau dibandingkan mereka dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.