Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menggunakan rumput hibrid bagi menggantikan rumput jenis Zeon Zoysia yang digunakan di stadium itu sebelum ini.

Rumput tersebut disumbangkam oleh Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berdasarkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh JDT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Campuran antara rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama sememangnya menjadi pilihan beberapa stadium ternama di Eropah dan ini merupakan stadium yang menggunakan rumput hybrid.

1. Stadium Wembley

Rumah kepada skuad kebangsaan England ini boleh memuatkan seramai 90,000 penonton dan merupakan stadium terbesar di England.

Rumput di Wembley telah ditukar beberapa kali sejak kebelakangan ini dan mereka menggunakan rumput hybrid bagi memastikan pemain beraksi dengan cemerlang dan penjagaan padang menjadi lebih mudah.

2. Camp Nou

Stadium terbesar di Eropah ini boleh memuatkan kira-kira seramai 99,354 penonton dalam satu perlawanan bola sepak.

Camp Nou sebelum ini menggunakan jenis rumput asli akan tetapi pihak kelab memutuskan untuk menggunakan rumput jenis hybrid.

3. Stamford Bridge

Stadium yang digunakan oleh juara dua kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ini menggunakan rumput hybrid yang diberi nama GrassMaster.

GrassMaster terdiri daripada rumput semula jadi yang digabungkan dengan gentian tiruan. Kaedah ini dibangunkan dan dipatenkan oleh Desso Sports dari Belanda pada tahun 1993.

4. Anfield

Stadium yang digunakan oleh Liverpool ini mula menggunakan rumput hybrid bermula musim 2022/2023.

Terdiri daripada 95 peratus rumput dan lima peratus gentian tiruan, permaidani diletakkan lebih 10,000 meter persegi dan dipenuhi dengan 40mm pasir di seluruh permukaan.

5. Santiago Bernabéu

Stadium yang baru sahaja diberi nafas baharu ini boleh memuatkan sekitar 85,000 penonton dalam satu perlawanan bola sepak ataupun acara lain seperti konsert.

Real Madrid menggunakan rumput hybrid jenis Mixto yang dihasilkan oleh dua syarikat dari Itali.

6. Allianz Arena

Kandang utama kepada Bayern Munich ini menggunakan rumput hybrid yang memiliki berat 800 kilogram dan berukuran 1.2 x 10 meter, diperbuat daripada rumput padang rumput ‘Poa pratensis’ dari Alt Zachun berhampiran Schwerin.

7. San Siro

Stadium yang digunakan oleh AC Milan dan Inter Milan ini menjalani penstrukturan semula dari segi jenis rumput yang digunakan pada awal tahun ini. Kedua-dua kelab bersetuju untuk menggunakan rumput hibrid.