Pempengaruh media sosial Abang Tesla tampil mempertahankan pempengaruh yang lain iaitu Umisya Mazlan daripada kecaman netizen kerana reaksinya ke atas soalan berkaitan Marissa.
Menurut Xtra, Umisya, madu kepada Marissa Dania sebelum ini dengan sinis menjawab dia tak kenal dengan Marissa ketika Abang Tesla bertanya sama ada betul ke Marissa sudah hamil.
@astrogempak GempakNews: Kita doakan yang baik-baik sahaja 📹: abg.tesla Klik link untuk artikel penuh!
Ramai yang mengecam Umisya sebagai biadap dan poyo ke atas madunya. Dan ada yang menyatakan bahawa, Marissa elok sahaja berdiam daripada memanaskan keadaan, namun Umisya pula dituduh menunjukkan sikap sebenarnya.
Abang Tesla kemudian memuat naik IG story mempertahankan Umisya yang menurutnya telah banyak berkorban. Abang Tesla menegaskan bahawa dia sangat memahami perasaan wanita yang hidup bermadu.
Abang Tesla turut memuji Umisya yang tidak pernah bercerita hal buruk serta mengaibkan suaminya sepanjang kontroversi melanda rumah tangganya.
Abang Tesla simpati dengan Umisya yang banyak mengalah dalam banyak perkara demi menerima madunya itu.
Abang Tesla menulis: “I stand for @umisyamazlan yang kutuk-kutuk cakap bukan-bukan korang bukan tau apa yang first wife lalui. Dah banyak benda diaorang mengalah. Dia hanya bercerita dengan circle-circle diaorang je.
“Bukan macam sesetengah orang. Sikit-sikit viral kan laki sendiri. Dan saya mengaku saya memang orang yang tak baik.
“Tapi asbab isteri saya sangat menjaga aib saya. Saya nampak baik. Sebenarnya mereka nilah yg luar biasa. Boleh menahan diri dari menaip bukan-bukan dari media.”
Beberapa minggu lalu, Umisya mengakui bahawa dia tidak berkawan atau bermusuh dengan Marissa.
Bercakap kepada Kosmo Online, Umisya berkata: “Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap. Kami buat hal masing-masing dan tidak update pun pasal kehidupan satu sama lain.
“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.
“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia block semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” kata Umisya lagi.