Newcastle kecewa dengan kenyataan Alexander Isak yang menuduh mereka sebaga pengkhianat dan menipunya.
Isak akhirnya bersuara setelah berdiam diri sepanjang pra musim dan awal musim ini.
Alexander Isak kecewa kelab khianatinya
Isak percaya beliau akan dibenarkan meninggalkan Newcastle jika sebuah kelab besar datang dengan tawaran harga yang tepat pada jendela perpindahan kali ini.
Isak memuat naik kenyataan di Instagram untuk menjelaskan mengapa beliau tidak menghadiri majlis anugerah Persatuan Pemain Profesional (PFA), di mana beliau telah dipilih dalam pasukan terbaik Liga Perdana musim ini.
“Saya berdiam diri terlalu lama sementara orang lain bercakap,” tulisnya.
“Diam itu membolehkan orang terus menulis versi mereka sendiri tentang peristiwa, walaupun mereka tahu ia tidak mencerminkan apa yang sebenarnya diperkatakan dan dipersetujui secara tertutup.
“Kenyataannya ialah janji telah dibuat dan kelab tahu pendirian saya sejak lama. Untuk kini bertindak seolah-olah isu ini baru muncul adalah mengelirukan.

“Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, hubungan tidak boleh diteruskan. Itulah keadaan saya sekarang – dan mengapa perubahan adalah demi kepentingan semua pihak, bukan hanya saya.”
Respon Newcastle
Dalam kenyataan susulan, Newcastle yang “kecewa” berkata:
“Kami jelas dalam respons bahawa Alex masih terikat kontrak dan tiada sebarang komitmen pernah dibuat oleh pegawai kelab bahawa Alex boleh meninggalkan Newcastle United pada musim panas ini.
“Kami mahu mengekalkan pemain terbaik kami, tetapi kami juga faham pemain mempunyai hasrat mereka sendiri dan kami mendengar pandangan mereka.
“Seperti yang telah dijelaskan kepada Alex dan wakilnya, kami mesti sentiasa mengambil kira kepentingan terbaik Newcastle United, pasukan dan penyokong dalam semua keputusan.
“”Kami jelas bahawa syarat untuk penjualan pada musim panas ini tidak wujud. Kami juga tidak menjangka syarat itu akan dipenuhi.”
Isak menjadi topik perbualan paling hangat dalam jendela perpindahan musim panas, yang akan ditutup pada 1 September.
Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool. Di mana Newcastle sudah menolak bidaan rasmi Liverpool yang mencecah £110 juta untuk pemain tersebut.
Newcastle United statement: Alexander Isak
— Newcastle United (@NUFC) August 19, 2025
Namun, Liverpool masih belum kembali dengan tawaran lebih tinggi untuk pemain berusia 25 tahun itu. Kerana masih kekal dengan tawaran sebelum ini.
Adakah The Reds akan membuat bidaan lagi? Adakah Isak akan kembali berlatih bersama skuad utama sementara itu? Apa yang akan berlaku jika tiada perjanjian tercapai menjelang tarikh akhir 1 September?