Newcastle United secara rasmi telah menolak bidaan Liverpool untuk mendapatkan Alexander Isak.

David Ornstein melaporkan Liverpool akhirnya rasmi mengemukakan tawaran untuk mendapatkan Isak.

Sebelum ini kelab berpangkalan di Anfield itu hanya melakukan rundingan dan pendekatan tidak formal.

Sebelum ini Newcastle dikatakan meminta £120 juta untuk pemain tersebut.

Namun begitu, Newcastle tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan. Dengan beberapa nama penyerang mulai dikaitkan dengan mereka termasuk Benjamin Sesko, dan Ollie Watkins.

Villa terima bidaan Arsenal untuk Ollie Watkins

Benjamin Sesko pula dikatakan lebih berminat dengan perpindahan ke Manchester United berbanding dengan Newcastle.

Newcastle terus bergelut dengan situasi Alexander Isak. Di mana Liverpool terus menunjukkan minat mendalam kepada penyerang tersebut. Dan membida pemain itu secara rasmi dengan nilai dilaporkan sekitar £110 juta.

Tolak bidaan Liverpool

Malangnya,  Newcastle tanpa berfikir panjang terus menolak bidaan tersebut.

Newcastle malah cuba menyediakan kontrak baharu untuk Isak dengan memasukkan klausa pelepasan pada kontraknya untuk tahun hadapan.

Bagaimanapun, Isak dikatakan benar benar berminat mahu menyertai Liverpool.

Respon Liverpool

Liverpool tidak berputus asa, dan dilaporkan menyediakan bidaan kedua untuk membeli Alexander Isak.

Liverpool akan cuba memperbaiki angka tawaran untuk pemain tersebut. Dan berharap Newcastle akan menerima bidaan tersebut.