Pada petang semalam seorang lagi pemain bola sepak tempatan, Faisal Halim menjadi mangsa serangan pihak tidak diketahui.

Menurut sumber kepada Harian Metro, penyerang menyimbah asid pada muka pemain Selangor itu.

Baca Juga:

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal Halim tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia,” ujar sumber tersebut.

Tambahnya lagi, keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk jika simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak kecil Faisal yang ada berhampiran.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal Halim tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

“Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck‘ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri,” kata sumber itu, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Faisal mengalami luka bakar yang diklasifikasikan sebagai second degree burn ekoran disimbah asid di beberapa bahagian badannya.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung insiden yang dihadapi dua tonggak skuad bola sepak negara; Faisal Halim dan Akhyar Rasyid yang turut menjadi mangsa serangan sebelum ini.

“Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.”

“Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” ujar wakil JSJ menurut sumber My Metro.

Sumber