Bell Ngasri yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35) teruja apabila berjaya menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors hari ini.

Bell yang berusia 43 tahun menyatakan bahawa gembira kerana ini merupakan kali pertama beliau menerima hadiah mewah dalam hidupnya.

Baca Juga:

“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok. Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.

Lebih teruja lagi bahawa kereta tersebut merupakan kereta idaman Bell, “Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak,” katanya.

Untuk rekod, kereta tersebut diserahkan oleh pemilik DTC Motors, Afendy Wahid diiringi penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin.