Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM dilaporkan masih belum menghantar permohonan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) untuk mencabar keputusan penghakiman FIFA.

FAM ada 21 hari daripada tarikh terakhir penolakan oleh FIFA ke atas rayuan FAM berkenaan dengan isu kes pemalsuan dokumen melibatkan 7 pemain warisan.

FIFA mengekalkan keputusan penghakiman mereka dengan menyatakan bahawa tiada alasan untuk mereka mengubah keputusan itu.

Selain itu FIFA turut meminta pihak berkuasa di beberapa negara termasuk Malaysia, Belanda, Argentina, dan Sepanyol untuk menyiasat kes ini kerana disyaki ada unsur unsur jenayah.

FAM berikrar akan melawan kes ini di CAS, kerana menurut FAM, mereka dan kesemua 7 pemain warisan tersebut di pihak yang benar.

FAM Terkejut Keputusan FIFA, Nekad Bawa Kes Ke CAS Demi Kepentingan Bola Sepak Malaysia Dan Hak Pemain

FAM menegaskan bahawa kesemua 7 pemain warisan itu adalah warganegara Malaysia yang sah.

Portal Berita Harian mengesahkan bahawa akhbar itu sudah menghantar e-mel kepada CAS untuk mendapatkan perkembangan semasa kes tersebut.

Pegawai Komunikasi CAS, Vanessa Tracey memaklumkan BH Online untuk emel yang dihantar pada 28 November lalu mengesahkan bahawa CAS masih belum menerima sebarang permohonan daripada FAM.

Kini FAM masih ada masa kira kira seminggu sebelum proses rayuan di CAS ini tamat.

Sebelum ini CEO Harimau Malaya, Rob Friend mengesahkan bahawa pihaknya dan FAM sudah bersedia dengan segala bukti yang serta pasukan guaman mereka untuk menentang FIFA di CAS.

Rob Friend Dah Sedia Heret FIFA Ke CAS

Peminat bola sepak tanah air berdebar debar menanti pengakhiran kes ini. Kerana ia akan turut memberikan impak kepada mata pasukan Malaysia di pusingan Kelayakan Piala Asia 2027.