Cole Palmer akhirnya bersuara tentang laporan menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea kerana masalah ‘homesick’.

Palmer dikaitkan dengan dua kelab Manchester iaitu Manchester City, bekas kelabnya. Dan satu lagi, Manchester United, kelab yang dia sokong sejak kecil.

Palmer menepis segala cerita bahawa dia merindui kehidupan di barat laut England dan mahu berpindah ke Manchester United.

Palmer berkata: “Semua orang boleh bercakap,” katanya. “Apabila saya nampak laporan seperti itu, saya cuma ketawa. Memang Manchester ialah rumah saya. Semua keluarga saya di sana, tapi saya tak rindu pun.

“Mungkin saya akan rindu kalau tak balik selama tiga bulan atau lebih. Tapi bila saya balik, saya rasa macam tak ada apa pun untuk saya di sana.

“Saya tak ada perancangan untuk tinggalkan Chelsea. Kami masih ada banyak perkara untuk diperjuangkan,” kata Palmer yang yakin dengan projek di Chelsea yang benar benar percayakan pemain pemain muda.

Cole Palmer menambah, mereka sebenarnya masih berada di landasan yang tepat.

Dia menambah: “Kami masih ada separuh akhir Piala FA (menentang Leeds) dan kalau kami habiskan musim di tempat Liga Juara-Juara, ia akan meletakkan kami dalam posisi yang baik untuk mendapatkan pemain yang kami perlukan.

“Kami dah bercakap dengan pemilik kelab dan mereka yakin dengan pemain yang akan menjayakannya. Reece takkan tandatangan kontrak enam tahun kalau dia tak berbincang dengan pemilik dan pengarah.

“Saya dan Reece banyak berbincang. Tentang apa yang kami perlukan, pemain apa yang perlu dibawa masuk dan bagaimana keadaan sepatutnya. Dia takkan tandatangan kontrak baru kalau dia tak tahu apa yang sedang berlaku.”

Kontrak Palmer masih panjang sehingga 2033. Sebagai satu lagi tanda komitmennya, dia baru-baru ini membeli sebuah rumah di Surrey.