Selepas menjadi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, susuk tubuh insan bernama Amir Jahari menjadi tumpuan orang ramai.

Baru-baru ini Amir berjaya memiliki kereta pertama, sebuah Perodua Alza. Kereta itu dibeli bagi keselesaan anak-anak bila mahu berjalan jauh. Pada masa sama untuk memudahkan beliau mengambil ahli keluarga dari Sarawak untuk jalan-jalan di Kuala Lumpur.

Baca Juga:

Menerusi satu hantaran Facebook, beliau menjelaskan kereta tersebut bukanlah daripada wang hadiah dimenangi AJL. Sebaliknya ia adalah hasil simpanan dan pelaburan sebelum ini.

Amir turut mendedahkan sebelum ini beliau bukanlah malas atau memilih kerja seperti didakwa oleh netizen. Sebaliknya beliau telah membuat pelbagai jenis kerja.

Sumber Gambar: FB Amir Jahari

“Kereta ini bukan dari duit menang #AJL38. Orang kata #AJL38 ni turning point saya, pun bukan.

“Masa viral kisah saya hidup susah, macam-macam orang kata. Ada yang suruh saya kerja Grab, kerja kilang, kerja 7-11. Jangan buat muzik, jangan malas, jangan memilih kerja, muzik ni tak sesuai untuk saya.

“Orang juga kata saya tak menyimpan. Macam-macam. Walhal semasa video itu viral, hidup saya sudah semakin baik,” ujar Amir.

Antara kerja yang beliau buat seperti menjadi tenaga pengajar untuk Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni. Pada masa sama, beliau turut menawarkan servis mencipta lagu.

Beliau turut pernah memohon kerja di studio rakaman terkemuka milik Datuk M.Nasir.

“Saya pernah minta kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan saya tak stabil, kejap saya okay, kejap saya tak okay. Tau tak yang kelakarnya, bila saya nak berhenti buat muzik, masa itulah bertubi-tubi job masuk.

“Satu-satu. Saya ingat lagi first job aku jadi hot untuk Khemah Kita Bah, tapi aku tetap kena buat muzik. Terima kasih kepada Fairul Hilmi yang bawa saya keluar.

“Selepas itu, satu-satu job masuk, termasuklah Nik Amir minta buat OST dan yang lain-lain. Masa tu saya pakai nama ‘Hamba’,” kata Amir.

Sumber Gambar: Media Hiburan

Menurutnya lagi, kehidupannya berubah selepas bapanya meninggal dunia, kira-kira dua tahun lalu. Beliau kembali bermain muzik, belajar menyimpan dan pelaburan.

Turning point saya bermula pada tahun bapa saya meninggal. Saya main muzik balik. Saya buat tour walaupun tiada modal. Banyak saya fikir dan belajar. Saya makin serius menyimpan. Saya mula belajar tentang pelabura. Fast forward, Alhamdulillah, ini kereta pertama!” luah Amir penuh gembira.

Pada akhir hantaran Facebook itu, Amir Jahari mengucapkan terima kasih kepada jurujual Perodua yang memudahkan beliau mendapatkan kereta pertamanya.

Beliau cuma mengambil masa beberapa minggu sahaja, dari urusan bank sehinggalah menyerahkan kunci keretanya.