Pengurus Newcastle, Eddie Howe berharap isu Alexander Isak segera selesai. Ini kerana pengurus itu berpendapat, isu Isak tersebut telah mengganggu pasukannya.
Isak dilaporkan mendesak perpindahan ke Liverpool. Dengan Newcastle tidak mahu menjual pemain tersebut.
Terbaru Newcastle terikat seri tanpa jaringan berdepan Aston Villa. Dan salah satu sebabnya adalah ketiadaan Isak di barisan serangan.
Newcastle hilang sentuhan penyerang itu, kerana pemain itu disisihkan daripada perlawanan ini. Memandangkan isu di luar padang Isak masih belum ada titik penyelesaian.

Eddie Howe akui isu Isak menjadi sebab kenapa pasukannya tidak dapat fokus sepenuhnya.
“Saya berharap cerita Isak ini dapat diselesaikan segera. Sebab berita ini mengganggu kami sepanjang masa.
“Pemain harus pekakkan telinga mereka dan tunjukkan prestasi di atas padang. Kami harus meneruskannya. Kami harus meneruskan perjuangan tanpa naratif yang menentang kami.”
🚨⚠️ Eddie Howe: “I hope the Isak story it’s resolved quickly, because it’s news around us all the time”.
“Players have managed to shut that out and perform. We have to continue to do that. We have to cope without the narrative against us”. pic.twitter.com/B8zMbY7vbK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 16, 2025
Alexander Isak menjadi wira di hati peminat Newcastle sebelum ini. Namun ketika ini semakin ramai peminat Newcastle yang mulai marah dengan pemain itu.