Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion difahamkan semakin hampir untuk mengumumkan Fabian Hurzeler sebagai pengurus baharu pasukan tersebut.

Hurzeler yang merupakan pengendali kelahiran Amerika Syarikat bakal mengisi kekosongan ditinggalkan pengurus terdahulu, Roberto De Zerbi.

Baca Juga:

Jodoh De Zerbi dan Brighton berakhir pada penghujung musim ini dimana kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah.

Lebih menarik untuk diperkatakan mengenai Hurzeler, beliau yang sebelum ini membimbing St. Pauli dalam Liga Divisyen 2 Bundesliga hanya berusia 31 tahun.

Sehubungan dengan itu, Hurzeler akan bergelar pengurus tetap termuda dalam sejarah EPL dimana sebelum ini dipegang oleh bekas pengurus Fulham, Chris Coleman (32 tahun 7 bulan).

Mungkin ada yang mengatakan rekod itu dipegang oleh Ryan Mason (29 tahun 10 bulan) dan Attilio Lombardo (32 tahun 2 bulan) turut pernah melakukannya tetapi mereka hanya bertindak selaku ‘caretaker’.

Mason membimbing Tottenham sebanyak 12 perlawanan manakala Lombardo hanya tujuh perlawanan mengendalikan Crystal Palace .

Dengan kehadiran Hurzeler ke Brighton, ia turut menyaksikan keadaan dimana anak didik baharunya seperti Lewis Dunk, Danny Welbeck dan James Milner lebih tua daripada beliau.

Dilantik sebagai penolong pengurus pada 2020, Fabian Hurzeler kemudiannya dilantik sebagai pengurus sementara sebaik sahaja Tim Schultz dipecat, dua tahun kemudian.

Hanya selepas dua minggu, belia diberikan peranan secara tetap dan menjadi pengurus termuda saingan 2. Bundesliga.

Kepercayaan itu dibalas dengan kemanisan apabila Hurzeler membawa St. Pauuli menjuarai saingan liga dan membawa kembali kelab tersebut ke pentas Bundesliga sejak kali terakhir mereka beraksi di saingan utama pada 2010/11.

Kini, sentuuhan magis beliau ditagih Brighton, menarik untuk disaksikan apa yang mampu dijelmakan oleh pengurus muda seperti Fabian Hurzeler.