Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman menegaskan pihaknya yakin padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan pulih lebih cantik sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada 26 Mac ini.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum ini meluahkan rasa kecewa melihat keadaan terkini padang selepas melakukan lawatan ke venue berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, pihak konsultan SNBJ memberi jaminan padang berkenaan akan berada pada tahap terbaik sebelum perlawanan bermula.

“Dia (Pan Gon) risau dalam keadaan sekarang masa lawatan kami di SNJB namun komitmen diberikan oleh kontraktor dalam masa dua minggu insya-Allah, benda (padang) itu akan pulih lebih cantik balik dan boleh pakai.

“Kita lakukan lawatan sekali (7 Mac) dan berpuas hati 100 peratus. Masa lawatan itu diadakan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pun ada sekali (jadi) tiada masalah sebab masih ada waktu,” kata Noor Azman dipetik dalam Bernama.

Sebelum ini, peminat bola sepak tempatan meluahkan kebimbangan terhadap keadaan padang di SNBJ selepas venue itu digunakan untuk konsert artis ternama iaitu Ed Sheeran yang berlangsung pada 24 Februari lepas.

Pentas bagi konsert tersebut diletakkan di kawasan tengah padang dengan sebahagian rumput turut dicabut bagi meletakkan asas.

Ianya sekaligus menimbulkan persoalan sama ada akar rumput sempat mencengkam tanah sebelum aksi menentang Oman nanti.

Konsert Coldplay pernah meninggalkan kesan yang buruk terhadap permukaan padang dimana terdapat bahagian rumput yang tercabut dan tidak rata ketika digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu.