Sebelum ini dilaporkan bahawa Zaquan Adha iaitu bekas adik ipar Rita Rudaini menegaskan enggan mencampuri urusan Rita bersama kembarnya Aidil Zaquan.
Susulan itu, Rita mengimbas kembali peristiwa yang berlaku satu ketika dahulu dimana Zaquan menjadi batu api dalam hubungan rumah tangganya sebelum ini.
Baca Juga:
- ‘Kalau Aidil Peduli, Mesti Sudah Lama Melawat Anak’ – Rita Rudaini Label Netizen ‘Palatau’
- Pindah Anak Dari Sekolah Swasta Ke MRSM, Rita Rudaini Berang Dituduh Curi Kuota B40
- ‘Ampun Kalau Ada Yang Muak Dan Jelak’ – Beto Kusyairy
Tambahnya, Zaquan antara individu yang masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil semua baju Aidil. Malah, Zaquan didakwa menghantar mesej kepada Aidil dan berkata, anak dalam kandungan Rita pada masa itu bukanlah anak mereka.
“Orang ni kata dia tak masuk campur. Kalau dia lupa, dia la yang masuk rumah kami dulu dan ambil semua baju-baju abang dia. Hang lah yang send mesej dekat abang hang bagitahu anak dalam kandungan tu bukan anak dia.
“Hang lah batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa. Diam je. Kita pun tak ada kaitan apa-apa.
“Last sekali, hang dan keluarga hang telah cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah terpaling bagus.” tulis Rita.
Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 dan bercerai pada 2013. Hasi perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.