Tidak lama lagi, kita akan menyambut Aidilfitri dan ketika ini, pasti ramai orang sudah mula membuat persiapan mencari pakaian raya.

Oleh itu, kami mahu kongsikan kepada anda beberapa pakaian hari raya yang harganya mungkin bagi anda tidak masuk akal kerana mahal. Jom lihat senarai baju raya yang eksklusif dan mahal pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Teja, Rizman Ruzaini

Baju Teja keluaran Rizman Ruzaini ini pemegang takhta paling mahal untuk tahun ini kerana ia berharga RM13,800. Didatangkan dengan 5 pilihan saiz dari XS ke XL, anda juga boleh custom baju ini mengikut ukuran anda.

2. Lotfia in Ivory Teal, FIZIWOO

Baju mini kurung moden keluaran FIZIWOO ini pula dijual dengan harga RM4,200 dengan kuantiti terhad yang menjadikan baju ini bukanlah ‘awam’. Untuk pengetahuan anda, baju ini telah habis dijual.

3. Alba Kurung, Alia Bastamam

Baju kurung dengan sentuhan unik jenama Alia Bastamam ini dijual dengan harga RM2,800 dan tampil dengan satu warna sahaja. Ia didatangkan dengan 5 pilihan saiz tetapi hasil tinjauan kami mendapati saiz XL sudah habis terjual.

Pastinya baju-baju ini memiliki kelebihannya tersendiri sehingga dijual dengan harga yang agak mahal. Adakah anda sanggup untuk membeli baju dengan harga seperti ini?