Pihak influencer BGTV telah menerima banyak kecaman gara gara menjemput Hot Daddy untuk ke podcast mereka, namun mereka pertahan tindakan tersebut.
Netizen mempersoalkan kenapa BGTV perlu menjemput Hot Daddy yang kini terlibat dalam skandal persundalan dan zina. Dia telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mempromosi persundalan dengan ramai wanita yang lain.
Baca Juga:
- Netizen Kecam Tindakan Influencer Jemput Hot Daddy Ke Podcast
- Ramai Wanita Berikan Sokongan & Bagi Gift Kepada Hot Daddy Walaupun Terlibat Aktiviti Persundalan
- Enam ‘Pelakon’ Wanita Ditahan Kerana Berlakon Dengan Hot Daddy
Dia telah merakam dan menjual video untuk dilanggan orang ramai. Dia mengenakan caj langganan. Dan meraih pendapatan sehingga RM120,000 dalam masa beberapa bulan sahaja.
Kini Hot Daddy sedang bebas dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 dan 26 Mac 2024 yang akan datang.
Sebelum ini ramai peminat Hot Daddy yang menyatakan mereka gembira melihat Hot Daddy kembali semula ke media sosial. Dan kemudian pihak BGTV pula menjemput dia ke podcast mereka.
Netizen marah dengan tindakan itu dan mempersoalkannya.
Pihak BGTV yang merupakan influencer media sosial, pertahan tindakan mereka menjemput Hot Daddy ke Podcast dengan menyatakan bahawa:
“BGTV adalah reality showcase. Harap semua faham bahawa pihak BGTV akan selalu keluarkan video berdasarkan realiti kehidupan.
“Segment reality di Malaysia tidak banyak, yang pasti BGTV akan terus menentang mereka yang melakukan perkara tidak bermoral.
Kemudian mereka menyatakan bahawa mereka banyak tidak sependapat dengan Hot Daddy dalam podcast itu.
Dalam kenyataan yang dilekuarkannya, BGTV berkata: “Penyebaran gambar BGTV bersama Hot Daddy telah mendapat perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan.
“Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.
“Diddalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.
“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.”
Masih ada juga kurang menyokong tindakan itu kerana ia telah memberikan promosi percuma kepada perbuatan Hot Daddy dan bisnes persundalannya. Terutama sekali podcast tersebut turut ditonton golongan pelajar sekolah.
Namun ada juga yang mempertahannkan tindakan BGTV yang dianggap tindakan untuk ‘create awarness’ isu semasa.