Isu rekaan baju rasmi yang bakal dipakai oleh atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dianggap buruk masih lagi menjadi bualan peminat sukan tanah air dimana mereka kecewa atlet terpaksa memakai baju yang direka dengan ala kadar untuk beraksi di kejohanan besar.
Peminat kemudiannya membuat perbandingan dengan negara lain yang mana rekaan mereka jauh lebih baik dan menyerlahkan lagi identiti negara yang bakal disaksikan oleh peminat dari seluruh dunia.
Baca Juga:
- Hannah Yeoh: Reka Bentuk Pakaian Rasmi Ke Sukan Olimpik Bukan Bidang Kuasa KBS
- Peminat Kecewa Baju Rasmi Sukan Olimpik Atlet Malaysia Ala Kadar
- Kecewa ‘Design’ Buruk, Netizen Reka Semula Baju Atlet Malaysia Olimpik 2024
Kisah menarik datang dari kontinjen Perancis dimana negara tuan rumah itu melantik salah seorang pereka terkenal iaitu Stéphane Ashpool bagi mereka baju rasmi yang bakal dipakai oleh atlet negara itu.
mad about malaysia’s olympic attire? look at france’s and get madder 🇫🇷
by Stephane Ashpool. He spent a day with 30 athletes listening to what they want.
Design, quality, presentation. See what happens when a country respects fashion. Malaysia can’t relate. https://t.co/uXmsrF2HCu pic.twitter.com/fClyjOVeTs
— شكينة (@_nsyakinah) June 24, 2024
Untuk reka bentuk, Ashpool menggunakan kaedah yang lebih abstrak pada warna tradisional bendera Perancis iaitu biru, putih dan merah. Tiada garisan digunakan, sebaliknya warna bercampur antara satu sama lain dengan menggunakan kesan yang kabur dan halus. Hasilnya ialah biru muda pada fabrik berwarna-warni, mengalir melalui rona merah jambu sambil dicampur merah yang lebih warm.
Baju yang dibuat Ashpool ini bakal digunakan ketika perarakan rasmi, ketika atlet mahu bertanding, ketika atlet menerima pingat dan juga digunakan sebagai pakaian casual ketika atlet tidak bertanding.
Meskipun antara pereka ternama, Ashpool mengadakan perbincangan dengan lebih 30 atlet dimana beliau bertanya kepada setiap satu dari mereka rekaan apa yang mereka mahu lihat untuk baju rasmi kontinjen.
“Apabila saya bertemu dengan atlet, mereka semua memberitahu saya mereka mahu kelihatan hebat, elegan dan moden. Sama seperti UK dan negara lain, kita penuh dengan kepelbagaian. Warna baharu mewakili rasa kepelbagaian dalam warna, tetapi juga dalam kepelbagaian fizikal,” katanya.
Badan Olimpik Perancis memilih jenama tempatan iaitu Le Coq Sportif untuk menghasilkan seragam rasmi yang bakal dipakai oleh atlet bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik edisi kali ini.