Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 akan membuka tirainya petang esok dengan skuad negara negara kendalian Sarjit Singh membuat perhitungan menentang New Zealand.
Selain Malaysia selaku tuan tumah dan New Zealand, kejohanan yang bakal diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh itu menampilkan pasukan-pasukan terbaik dunia seperti Belgium, India, Korea Selatan dan Kanada.
Baca Juga:
- Dari Padang Sekolah Ke Pentas Dunia, Bagaimana Program TNB Thunderbolts Lahirkan Bintang Hoki Malaysia

- Senarai Negara Beraksi Dalam Piala Sultan Azlan Shah 2025

- Sarjit Singh Mahu Pemain Hoki Negara Hentikan ‘Penyakit Lama’

Belgium selaku pasukan ranking ketiga dunia dijangka menjadi calon utama manakala India pula hadir dengan reputasi sebagai antara pasukan terbaik Asia.
New Zealand, Korea Selatan dan Kanada juga tidak kurang hebatnya, masing-masing membawa kekuatan fizikal serta struktur permainan yang teratur.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan melibatkan skuad negaara dalam kejohanan kali ini:
Jadual Aksi Malaysia Di Piala Sultan Azlan Shah 2026
Ahad – 23 November 2025 (6.00 Petang) – Malaysia lawan New Zealand
Isnin – 24 November 2025 (8.00 Malam) – Malaysia lawan Kanada
Rabu – 26 November 2025 (8.00 Malam) – Malaysia lawan India
Khamis – 27 November 2025 (8.00 Malam) – Malaysia lawan Belgium
Sabtu – 29 November 2025 (8.00 Malam) – Malaysia lawan Korea Selatan
*Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh