Tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2026 akan bermula pada 3.00 petang ini dimana Australia bakal membuat perhitungan menentang Amerika Syarikat.
Selain dua pasukan tersebut bersama Malaysia, terdapat tiga lagi pasukan yang bakal berentap di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh iaitu Pakistan, Korea Selatan dan Kanada.

Australia selaku pasukan ranking ketiga dunia dan merupakan pemenang terbanyak dalam sejarah kejohanan jemputan ini dijangka menjadi calon utama untuk muncul juara.
Namun, skuad negara yang dibimbing Brendan Carolan pastinya mahu menghadiahkan kejayaan buat ribuan peminat setia hoki negara.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan melibatkan skuad negaara dalam Piala Sultan Azlan Shah 2026:

Jadual Aksi Malaysia Di Piala Sultan Azlan Shah 2026
Jumaat – 20 November 2026 (7.30 Malam) – Malaysia lawan Korea
Sabtu – 21 November 2026 (7.30 Malam) – Malaysia lawan Kanada
Isnin – 23 November 2026 (7.30 Malam) – Malaysia lawan Amerika Syarikat
Selasa – 24 November 2026 (7.30 Malam) – Malaysia lawan Australia
Khamis – 26 November 2026 (7.30 Malam) – Malaysia lawan Pakistan
Sabtu – 28 November 2026
1) Klasifikasi Ke-5/6 – 3.00 Petang
2) Tempat Ke-3/4 – 5.30 Petang
3) Final – 8.00 Malam