Kejohanan hoki jemputan berprestij, Piala Sultan Azlan Shah 2026 bakal menemui peminat sukan tersebut di Ipoh bermula 20 hingga 28 November nanti.

Selain Malaysia selaku tuan tumah, kejohanan yang bakal diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh itu menampilkan pasukan-pasukan terbaik dunia seperti Australia, Pakistan, Kanada, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Daripada senarai tersebut, Australia dilabel sebagai pasukan terbaik apabila skuad kendalian Mark Hager itu menghuni tangga ketiga dalam ranking dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Malah, Australia turun ke Ipoh dengan reputasi hebat selaku pemenang 10 edisi dimana 2018 menjadi kejuaraan serta pembabitan terakhir mereka dalam Piala Sultan Azlan Shah.

Gergasi Asia, Pakistan pula pernah menjulang trofi sebanyak tiga kali dan merupakan antara negara yang sering menyertai pertandingan ini.

Selain itu, cabaran yang bakal diberikan Kanada (ranking ke-19) dan juara tiga kali kejohanan, Korea Selatan (raning ke-20) juga tidak boleh dipandang enteng.

Sudah pasti peminat hoki di Ipoh seperti kebiasaan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membanjiri Stadium Azlan Shah pada setiap perlawanan sekali gus mengharapkan Malaysia dapat mengulangi pencapaian muncul juara edisi 2022.

Senarai Pasukan Beraksi Dalam Piala Sultan Azlan Shah 2026

1) Malaysia

2) Australia

3) Pakistan

4) Kanada

5) Korea Selatan

6) Amerika Syarikat