Pengendali Taiwan, Gary White menegaskan pasukannya tidak akan membenarkan Harimau Malaya berkenduri gol pada aksi terakhir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gol untuk memadam kelebihan jaringan yang dimiliki oleh Kyrgyzstan jika terikat jumlah mata yang sama.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, White menyifatkan sasaran itu tidak masuk akal kerana Harimau Malaya hanya mampu menang 1-0 ketika  menentang mereka di Taipei pada 21 November lepas.

“Anda mengatakan anda mahu menang 8-0 dan kemudian terus mengatakan bahawa anda tidak mempunyai enam pemain utama.

“Walaupun dengan pasukan terkuat, mereka hanya boleh menewaskan kami 0-1, dan kini anda mahu untuk menewaskan kami 8-0? Saya rasa kami perlu merendah diri dan bersikap realistik,” katanya dalam sidang media.

Taiwan setakat ini berada di kedudukan tercorot kumpulan D tanpa sebarang mata, namun mereka tekad buru kemenangan pertama ke atas Malaysia.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai lapan gol itu, tetapi ia tidak masuk akal memandangkan Malaysia hanya menewaskan kami 1-0 pada November lalu.

“Kami serius dan menyasarkan untuk beraksi di hadapan stadium yang penuh sesak, bukan sekadar 20,000 orang,” kata White.

Kemenangan besar yang dicatatkan oleh Harimau Malaya sejak dibawah kendalian Kim Pan Gon ialah 10-0 ketika menentang Papua New Guinea pada 20 Jun lepas.