Kerajaan Arab Saudi giat membanteras jemaah yang menunaikan haji tanpa lesen dan bakal mengenakan hukuman denda dalam bentuk wang atau penjara kepada mana-mana individu atau pihak yang bersalah.
Arab menerusi agensi keselamatan negara itu menegaskan mana-mana ejen yang menangguhkan laporan pemergian rekrut atau pekerja mereka selepas tamat tempoh visa masuk juga akan menghadapi penalti.
Baca Juga:
- Sayangkan Israel, Arab Saudi Tahan Rakyat Yang Hina Zionis Di Media Sosial
- Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Gol Terbanyak Semusim Saudi Pro League
- Shell Rancang Jual Bisnes Stesen Minyak Di Malaysia Kepada Arab Saudi?
Pada masa yang sama, mereka turut mengumumkan bahawa kegagalan melaporkan jemaah yang berlepas tepat pada masanya boleh menyebabkan denda sehingga SR50,000 atau sekitar RM62 Ribu atau penjara sehingga enam bulan. Pelanggar akan dihantar pulang selepas tamat tempoh hukuman.
Tahun ni Saudi betul-betul crack down orang yang buat Haji Koboi tanpa permit Haji.
Jalan nak ke masjid ada roadblock, rumah sewa kat Bukit Ajyad kena serbu.
Dalam berita tadi, ada lagi 20k orang yang buat umrah kat Makkah belum keluar.
Jemaah Indonesia ada dah kena tangkap. pic.twitter.com/mTB16ED50q
— Faisal Rahim (@acaiijawa) June 2, 2024
Baru-baru ini, pihak berkuasa Saudi telah menangkap ribuan warga asing tanpa izin dalam kempen yang dijalankan di seluruh negara dimana mereka menyasarkan pelanggar undang-undang residensi, buruh dan keselamatan sempadan. Amaran terbaharu itu adalah sebahagian daripada langkah yang dipertingkatkan terhadap jemaah haji yang tidak mempunyai lesen.
Pada 1 Jun lalu, kerajaan Saudi menahan 37 jemaah haji Indonesia dari Makassar, Sulawesi Selatan kerana melanggar visa kerana mereka memiliki dokumen visa haji yang tidak layak untuk menunaikan haji.
Jemaah yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan 16 wanita. Menurut jurucakap kerajaan, pihaknya menuduh mereka berhasrat menunaikan haji dengan dokumen visa umrah pada musim haji tahun ini.
Menurut Konsulat Indonesia di Jeddah iaitu Yusron B.Ambarie berkata jemaah haji meninggalkan Indonesia ke Riyadh, Arab Saudi, dengan menaiki penerbangan transit di Doha, Qatar.
Setelah sampai di Riyadh, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Mereka bagaimanapun gagal sampai ke bandar di mana terletaknya Masjid Nabawi selepas pegawai polis Saudi menahan mereka di pusat pemeriksaan.
Semasa pemeriksaan keselamatan, pegawai polis Saudi mendapati mereka hanya pemegang visa umrah tetapi memakai gelang pengenalan haji dan kad pengenalan haji palsu yang biasa dipegang oleh jemaah haji dari Indonesia yang sah.
Mulai 23 Mei, pemegang visa lawatan dilarang memasuki atau menetap di Mekah sehingga 21 Jun. Pihak berkuasa Arab Saudi menjelaskan bahawa visa lawatan tidak berfungsi sebagai permit haji dan menggesa pemegang visa mengelak perjalanan ke Mekah dalam tempoh ini.