Ketua umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu bagi negara itu.
Pelantikan ini dijalankan langsung oleh presiden iaitu Prabowo Subianto dimana Erick menggantikan Dito Ariotedjo yang dilucutkan jawatan minggu lalu.
Baca Juga:
- FIFA Beri Amaran Kepada Erick Thohir

- Erick Thohir Mahu Indonesia Uji Harimau Malaya, ‘Dah Rindu Nak Lawan Malaysia’

- Rakyat Malaysia Penuhi Indonesia, Warga Indo Tertanya-Tanya Ekonomi Malaysia Sedang Baguskah?

“Terdapat 131 juta orang muda yang akan membentuk asas negara kita pada masa hadapan.
“Ini bermakna kita mesti membangunkan keupayaan belia ini supaya mereka dapat bersaing di peringkat global.

“Bagi sukan itu sendiri, ia mesti menjadi alat untuk menyatupadukan negara.
“Sukan adalah duta negara kepada dunia, bermakna kita mesti mengangkat martabat dan kebanggaan kita sebagai sebuah negara.
“Tambahan pula, kita mesti menggalakkan lebih banyak pertandingan sukan di wilayah dan kerajaan pusat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.
Ini adalah asas penting mengapa manusia bukan sahaja memerlukan badan yang sihat tetapi juga minda yang sihat untuk membina negara,” katanya.
Pengalaman Luas Bersama PSSI
Erick Thohir sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Perusahaan Milik Negara (BUMN) sejak 2019.

Erick mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan dimana selain menjadi ketum PSSI, beliau juga pernah memiliki kelab Itali, Inter Milan dan menjadi pemilik bersama kelab England, Oxford United.