Pada hari semalam penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka atas kontroversi melibatkan Azwan Ali atau Diva AA yang hadir ke acara itu di Kedah.
Menurut penganjurnya, acara karnival itu terpaksa ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.
Baca Juga:
- Diva AA Cetus Kontroversi, Penganjur Mohon Maaf Kepada Rakyat Kedah
- Bukan Lakonan, Diva AA Teruskan Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta Demi Kesedaran Semua
Keputusan itu telah menyebabkan ramai peniaga berasa sedih selepas mereka terpaksa menanggung rugi kerana terlepas menggunakan peluang terakhir untuk berniaga sebelum Hari Raya.
Menerusi kemas kini terbaharu, kerajaan negeri Kedah menafikan dakwaan mengeluarkan arahan membatalkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024, sebaliknya hanya perlu menghentikan aktiviti hiburan sahaja, petik Harian Metro.
@eiraaziera6699 Doa org terinaya allah pasti makbuk kan amin
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham terhadap isu terbabit.
Menurutnya, ia berikutan ada pihak yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) memaksa agar karnival itu dihentikan.
“Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival berkenaan. Kerajaan negeri hanya menegur dan minta hentikan aktiviti yang tidak bersesuaian dengan bulan Ramadan sahaja.
“Kita tegaskan kepada penganjur untuk hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Mansor berkata, pihaknya bersimpati dengan peniaga yang menyertai karnival itu dan percaya keputusan penganjur dibuat selepas meneliti beberapa kriteria kerana lokasi penganjuran kurang sambutan.
Katanya, karnival itu juga tidak mempunyai banyak gerai jualan menyebabkan pengunjung tidak ramai.
“Mungkin itu antara alasan mereka tutup karnival berkenaan, dan jika beroperasi juga kelak akan tanggung kerugian,” katanya.
Katanya, penganjur sepatutnya memantau aktiviti sepanjang karnival berlangsung termasuk memastikan pengisian program yang mematuhi garis panduan.
Semalam, penganjur karnival memohon maaf selepas tular video Diva AA menari ala dangdut arab bersama beberapa lelaki lain.
Video tersebut telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen kerana dianggap tidak menghormati bulan mulia Ramadan ini.
Pada masa sama tular video menunjukkan keluhan peniaga yang menangis apabila karnival berkenaan ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.