Antara YouTuber yang kekal popular sehingga ke hari ini adalah MrBeast. Dengan jumlah pengikut yang ramai, sebarang permintaan iklan video dan seumpamanya bakal dikenakan cas yang tinggi.
Siapa sangka dengan populariti yang dimiliki oleh beliau juga boleh menerima bayaran setinggi $250,000 (RM1.15 juta) dengan membuat video mengucap hai. Perkara ini dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi satu sesi temu bual di The Joe Rogan Experience.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
@duckchainz 😳😳😳 #mrbeast
Difahamkan beliau pada mulanya menolak permintaan seorang bilionair yang mahu video mengucap hi buat anaknya. Bagaimanapun, MrBeast hanya sedia berbuat sedemikian selepas bilionair tersebut bersetuju membayar RM1.15 juta berdasarkan harga yang dipinta oleh beliau.
Selepas itu, beliau pun membuat video berdurasi seminit untuk mengucapkan hai kepada anak bilionair itu. Siapa sangka dengan kuasa populariti seperti MrBeast boleh meminta harga sebegitu tinggi dengan membuat video pendek itu?