Nabila Razali akui gemuruh atau nervous masak sahur buat pertama kali untuk sang suaminya yang tercinta pada tahun ini.

Itu telah membuatkan penyanyi dan pelakon popular itu terpacak di dapur seawal pukul 2 pagi lagi.

Baca Juga:

Nabila Razali mendirikan rumah tangga dengan suaminya Nik Iruwan Nik Izan pada November tahun lalu.

Jadi ramadan kali ini adalah pertama kali dia menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa untuk suaminya.

Berbeza dengan sebelum ini dia hidup membujang dan juga bersama dengan keluarganya. Tanggungjawab sebagai isteri kepada suami membuatkan dia cuba yang sebaik mungkin sepanjang bulan ramadan ini.

Oleh kerana risau terlajak tidur, maka Nabila memberitahu bahawa dia berjaga sehingga 2 pagi semata mata untuk masak sahur.

Bercakap kepada Kosmo Online, Nabila Razali berkata: “Sudah tentu saya gementar sebab baharu bergelar isteri, terutama untuk menyediakan persiapan juadah bersahur dan berbuka sehingga saya mula masak pukul 2 pagi pada awal Ramadan lalu.

“Disebabkan takut terlajak tidur dan tak sempat nak masak, saya lakukan persiapan awal. Jadi, hari itu memang kami sahur awal sekitar pukul 3 pagi.”

Nabila bagaimanapun lega kerana suaminya seorang yang tak cerewet dalam soal juadah berbuka dan sahur. Di mana ada kalanya suaminya hanya makan kurma sahaja untuk sahur.

Dan kini Nabila Razali sudah semakin tenang dan tidak kelam kabut dalam menyediakan juadah.

“Suami juga tidak cerewet, kadang-kadang kami selalu makan lewat malam dan dia pun hanya bangun sahur makan kurma sahaja,” tambah beliau lagi.

Nabila Razali turut akan beraya pertama kali sebagai seorang isteri pada tahun ini. Dia pastinya dah tak sabar merasai pengalaman tersebut.

Beberapa bulan lalu, Nabila menceritakan bagaimana suaminya menyokong dia meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Sehingga sempat meminta Nabila mengasah lagi vokalnya.

Suami Suruh Nabila Razali Masuk Lebih Banyak Kelas Nyanyian: “Dia Sangat Memahami”