Hasrat peminat Chelsea mahu melihat Cole Palmber kembali beraksi minggu ini tidak kesampaian. Ini apabila pemain itu disahkan mengalami kecederan di ibu kaki.

Ianya selepas pemain itu terlibat dalam kemalangan ketika berada di rumahnya.

Pemain berusia 23 tahun itu hampir kembali beraksi selepas pulih daripada masalah pangkal paha, namun kini telah disahkan tidak akan bersama pasukan untuk tiga perlawanan seterusnya — bermula dengan kunjungan Liga Perdana ke Burnley pada Sabtu.

Ini diikuti perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada pertengahan minggu, dan aksi di laman sendiri menentang Arsenal pada Ahad depan.

Bercakap pada pagi Jumaat, pengurus Enzo Maresca berkata: “Dia sudah pasti tidak tersedia untuk esok, Barcelona pun tidak, Arsenal pun tidak. Malangnya, dia mengalami kemalangan di rumah dua hari lalu dan ibu jari kakinya terhentak, tetapi ia bukan sesuatu yang serius. Namun sudah pasti dia belum boleh kembali.”*

“Ya, ia retak. Satu-satunya perkara yang kami tahu ialah dia tidak akan tersedia minggu ini dan minggu depan. Benda macam ini boleh berlaku. Saya pun selalu bangun malam untuk ke tandas, saya terhentak kepala, kaki, macam-macam, jadi memang boleh berlaku.”*

Palmer tidak bermain sejak dikeluarkan dalam kekalahan 2-1 kepada Manchester United pada September tetapi sebelum ini semakin hampir untuk membuat kemunculan semula sebelum kemunduran terbaharu ini.

Maresca menyambung: “Dia sangat hampir untuk kembali. Dia sudah hampir pulih daripada kecederaan pangkal paha dan itu berita yang sangat baik. Tetapi kemudian dia mengalami masalah kecil ini dan harapnya tiada apa yang serius.”*

Chelsea hanya tewas dua kali dalam semua pertandingan sejak penampilan terakhir Palmer, dan kini naik ke tangga ketiga liga, namun Maresca menolak tanggapan bahawa pasukan lebih baik tanpa playmaker bintang mereka itu.

“Rakan sepasukan adalah pemain yang lebih baik apabila Cole bermain,” katanya. “Saya rasa jauh lebih baik apabila Cole berada di atas padang dan kami semua mahu Cole berada di atas padang.*

*“Pada masa yang sama, apabila Cole tidak berada di atas padang, kami perlu mencari penyelesaian.

“Pasukan sedang bermain sangat baik, dan bagi mana-mana pengurus, ia adalah sesuatu yang bagus apabila anda kehilangan seorang pemain tetapi pasukan masih bermain seperti yang kita mahu. Tetapi sekali lagi, kami adalah pasukan yang lebih baik dengan Cole.”

Maresca turut mengesahkan Benoît Badiashile (masalah otot), Enzo Fernández (lutut) dan Pedro Neto (pangkal paha) semuanya akan tersedia untuk menentang Burnley.