Pengadil yang bertugas mengendalikan perlawanan separuh akhir UEFA Euro 2024 antara Belanda menentang England iaitu Felix Zwayer mempunyai sejarah hitam dalam karier beliau.

Sebelum perlawanan, pemilihan Zwayer mencetua perdebatan dimana ramai mempersoalkan tindakan UEFA memilih pengadil yang mempunyai kontroversi untuk mengendalikan satu perlawanan yang cukup besar.

Baca Juga:

Sebelum ini, Zwayer pernah digantung selama enam bulan oleh FA Jerman pada 2006 dimana beliau terlibat dalam skandal mengatur perlawanan dalam beberapa perlawanan divisyen dua dan tiga selain Piala DFB.

Belanda England
Felix Zwayer

Zwayer yang bertugas sebagai pembantu pengadil kepada Robert Hoyzer serta seorang lagi pengadil iaitu Dominik Marks didapati bersalah mengatur enam perlawanan di Jerman.

Pengadil ini didapati mengambil rasuah dari Hoyzer sebanyak £250 atau sekitar RM1500 dalam setiap perlawanan yang melibatkan beliau dan kemudiannya dua pengadil ini dijatuhi hukuman.

Hoyzer digantung seumur hidup dan dihukum penjara selama dua setengah tahun manakala Zwayer digantung selama enam bulan selepas didapati bersalah.

Perlawanan yang telah diatur termasuk aksi Piala DFB antara Paderborn dan pasukan Bundesliga ketika itu, Hamburg, yang tewas akibat dua penalti kontroversi dan juga kad merah.

Pada 2021, Jude Bellingham didenda £33,750 oleh FA Jerman selepas dia mengkritik penglibatan Zwayer dalam skandal itu apabila pasukannya iaitu Borussia Dortmund ditewaskan oleh Bayern Munich pada 2021.

Selepas Belanda tewas kepada Sepanyol, Virgil van Dijk merasa hairan dengan Zwayer dimana pengadil itu dianggap membuat keputusan yang merugikan pasukannya.

Saya rasa semua sudah jelas ketika beliau (Zwayer) masuk ke dalam bilik persalinan dengan begitu cepat. Saya tak sempat pun nak salam dia.

“Sukar untuk menerima perkara ini. Kami menghadapi tahun yang panjang dan mempunyai impian untuk memenangi sesuatu, namun kami gagal untuk mencapainya.

“Mereka (pengadil) selalu menukar keputusan, perkara kecil yang boleh membuat impak terhadap permainan. Saya rasa bagus kalau dia bertanggungjawab. Biar mereka membuat penjelasan di hadapan anda semua mengenai keputusan yang mereka buat.

“Walau apa pun, kami tewas dalam perlawanan tadi. Kekalahan ini sukar untuk diterima. Keputusan yang tidak memihak kepada kami,” katanya.