Kumpulan muzik pop rock Inggeris The 1975 telah menerima notis tujuh hari oleh penganjur Good Vibes Festival 2023, Future Sound Asia untuk membayar lebih RM12.3 juta sebagai ganti rugi berhubung kontroversi baru-baru ini pada ulang tahun ke-10 GVF 2023.

Penasihat undang-undang penganjur David Mathew dari Steven Thiru & Sudhar Partnership memberitahu Malay Mail bahawa firma itu telah pun menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Ogos 2023 kepada kumpulan itu.

Baca Juga:

“Dalam surat itu, FSA telah menuntut The 1975 mengakui liabiliti mereka dan juga membayar jumlah £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam tempoh tujuh (7) hari.

“Surat Tuntutan ditulis mengikut peruntukan Tatalaku dan Protokol Pra-Tindakan Arahan Amalan Inggeris yang merupakan sebahagian daripada Peraturan Tatacara Sivil Inggeris.”

Tindakan undang-undang dibuat selepas festival itu dibatalkan bulan lalu selepas penyanyi utama kumpulan itu Matt Healy mencetuskan kontroversi semasa persembahannya pada malam pertama festival itu.