Jaguh Asia Tenggara, Thailand terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas seri tanpa jaringan dengan Oman pada perlawanan kedua Kumpulan F Piala Asia 2023 semalam.
Keputusan itu mencerahkan lagi peluang skuad Gajah Perang untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas Piala Asia 2019.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Malah, mereka juga semakin menghampiri kelompok ranking FIFA 100 dunia apabila mendapat tambahan mata +3.89 sekaligus melonjak 3 anak tangga ke 102.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇴🇲 Oman 0-0 🇹🇠ThailandPoints after match
🇴🇲 1308.99 (- 3.89)
🇹🇠1198.86 (+ 3.89)Rankings after match
🇴🇲 77 (🔽 2)
🇹🇠102 (🔼 3)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 21, 2024
Ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan, Thailand menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dan ia memberikan pulangan mata ranking yang cukup banyak.
Hasil kemenangan tersebut, Thailand mengutip mata sebanyak +18.99 dan terus melonjak 8 anak tangga ke 105 dunia.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇹🇠Thailand 2-0 🇰🇬 KyrgyzstanPoints after match
🇹🇠1194.97 (+ 18.99)
🇰🇬 1201.39 (- 18.99)Rankings after match
🇹🇠105 (🔼 8)
🇰🇬 101 (🔽 3)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 17, 2024
Malah, mereka berpotensi melonjak lebih tinggi sekaligus memintas Vietnam yang berada di kedudukan ranking 99 dunia jika berjaya menewaskan Arab Saudi pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada 25 Januari ini.
Bukan itu sahaja, skuad Thailand bakal menerima habuan lumayan jika berjaya mencatat keputusan menang atau seri.
Ini kerana pengurus Thailand, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai Madam Pang menjanjikan bonus bernilai 1 juta baht (RM132,400) bagi setiap satu mata yang kutip dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Pengumuman ganjaran tersebut telah meningkatkan motivasi dan semangat pemain Thailand untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Asia kali ini.
Kemenangan ke atas Kyrgyzstan menyaksikan Thailand memperolehi 3 mata penuh sekaligus bakal diberikan habuan sebanyak 3 juta baht (RM397,200) untuk satu pasukan.
Secara keseluruhan, skuad Thailand telah mengumpulkan 4 juta baht (RM531,290) setakat ini selepas mengutip 4 mata dalam 2 perlawanan yang diharungi.