Skuad negara tewas 3-5 kepada pasukan ranking dunia, Belgium pada aksi ketiga peringkat kumpulan Piala Dunia Hoki 2026 di Wavre, Belgium awal pagi tadi.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Malaysia gagal melepasi pusingan lapan pasukan terbaik dan akan mengharungi saingan klasifikasi.

Ia bagaimanapun bukanlah satu kegagalan buat skuad negara kerana terpaksa bertemu dengan Belgium yang merupakan juar

Piala Dunia Hoki 2026: Beri Saingan Sengit Kepada Belgium, Penyokong Puji Skuad Negara
Kredit Foto: : International Hockey Federation (FIH)

a edisi 2018 manakala Jerman pula adalah penyandang juara.

Skuad Hoki Negara Dapat Pujian Penyokong

Di sebalik kekalahan pada aksi terakhir bertemu Belgium, penyokong hoki negara jelas memuji corak permainan ditampilkan barisan pemain Malaysia sejak berada di bawah kendalian pengendali kelahiran Afrika Selatan, Brendan Carolan.

Tinjauan di laman Facebook Hokita, rata-rata penyokong negara memberikan penghargaan kepada barisan pemain dan Carolan di atas prestasi yang dianggap cukup membanggakan.

Penyokong sedar bahawa Malaysia berada dalam kumpulan ‘maut’ tetapi para pemain tidak gentar dengan keadaan tersebut hingga mampu memberikan saingan sengit buat Belgium.

Malah ada mengatakan inilah watak sebenar The Speedy Tigers yang semakin hilang daripada pandangan mereka setiap kali menyaksikan skuad hoki negara beraksi sebelum ini.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia ketinggalan dua gol hasil jaringan padang oleh legenda, Tom Boon pada minit ke-16 dan ke-19. Defisit itu kemudiannya dirapatkan Nik Aiman Rozemi pada minit ke-31 menerui pukulan sudut penalti.

Empat minit kemudian, Boon melengkapkan hatrik dan Marhan Jalil menjadikan kedudukan 2-3 buat skuad negara juga menerusi pukulan sudut penalti.

Belgium menambah lagi dua jaringan menerusi Thibeau Stockbroekx pada minit ke-43 dan Tom Boon pada minit ke-52. Malaysia tidak berputus asa dengan Akhimullah Anuar Esook merapatkan jurang pada minit ke-52.

Piala Dunia Hoki 2026: Beri Saingan Sengit Kepada Belgium, Penyokong Puji Skuad Negara
Kredit Foto: : International Hockey Federation (FIH)

Skuad negara berpeluang untuk menambah jaringan keempat pada minit ke-56, namun penalty stroke yang diambil Azrai Aizad Abu Kamal tersasar.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak ditangisi penyokong negara yang bersengkang mata menonton perlawanan tersebut.

Sebaliknya sebaliknya mereka memuji corak permainan negara dan ketangkasan penjaga gol, Zaimi Mat Deris yang bertindak cemerlang dalam menggagalkan deretan peluang dimiliki Belgium.

 

Sumber