Selepas mendapat rehat semalam, skuad hoki Malaysia akan kembali turun beraksi hari ini untuk bertemu India dalam Piala Sultan Azlan Shah 2025.
Bermula dengan seri 2-2 bertemu New Zealand, skuad negara tampil lebih baik untuk menewaskan Kanada 3-2 sekali gus berada di kedudukan kedua dengan empat mata.
Baca Juga:
- Malaysia Tumpaskan Kanada 3-2, Raih Kemenangan Pertama Di Piala Sultan Azlan Shah 2025

- Piala Sultan Azlan Shah 2025: Malaysia, New Zealand Terikat 2-2 Pada Aksi Pembukaan

- Jadual Aksi Malaysia Di Piala Sultan Azlan Shah 2025

Seperti dihadapi pada dua aksi awal dimana hujan lebat menyaksikan perlawanan terpaksa ditunda, Jawatankuasa Teknikal Kejohanan telah membuat keputusan untuk meminda masa permainan bagi perlawanan hari ini dan esok.
Aksi Malaysia bertemu India dan Belgium yang dijadualkan bermula jam 8.00 malam telah diubah ke 6.00 petang.
Ini bermakna perlawanan pertama pada jam 4.00 petang diawalkan kepada 2.00 petang manakala aksi kedua dimainkan pada jam 6.00 petang.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2025 yang dipinda:
Piala Sultan Azlan Shah 2025
26 November 2025 (Rabu)
1) Kanada lawan New Zealand – 2.00 petang
2) Korea Selatan lawan Belgium – 4.00 petang
3) India lawan Malaysia – 6.00 petang
27 November 2025 (Khamis)
1) Korea Selatan lawan Kanada – 2.00 petang
2) India lawan New Zealand – 4.00 petang
3) Malaysia lawan Belgium – 6.00 petang
Masa perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hari Sabtu masih dikekalkan dengan aksi pertama bermula jam 4.00 petang.