Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2026 akan memasuki perlawanan keempat pada petang ini dengan aksi dimulakan pertembungan antara Korea Selatan dan Pakistan.
Selepas berakhirnya tiga perlawanan, Australia dan Malaysia cemerlang dengan rekod kemenangan bersih untuk memimpin kedudukan.
Australia berada di kedudukan teratas berbekalkan kelebihan perbezaan jaringan (13) selepas menjaringkan 17 gol dan dibolosi sebanyak empat gol.
Manakala Malaysia mengekori di kedudukan kedua juga dengan sembilan mata tetapi kekurangan perbezaan jaringan selepas menghasilkan 13 gol dan dibolosi dua gol.
Australia cemerlang dengan kemenangan 5-1 ke atas Amerika Syarikat, 7-1 menundukkan Korea Selatan dan 5-2 ketika menumpaskan Pakistan.
Malaysia pula menang 3-0 ke atas Korea Selatan, 6-0 mengatasi Kanada dan menumpaskan Amerika Syarikat 4-2.
Lebih menarik, Australia dan Malaysia akan bertemu pada jam 7.30 malam nanti.
Berikut merupakan kedudukan terkini Piala Sultan Azlan Shah 2026 selepas berakhirnya tiga perlawanan peringkat kumpulan:
Piala Sultan Azlan Shah 2026
1) Australia – 9 mata
2) Malaysia – 9 mata
3) Pakistan – 6 mata
4) Korea Selatan – 3 mata
5) Amerika Syarikat – 0 mata
6) Kanada – 0 mata